Wednesday, March 10, 2010

Tetasan Telur Ayam Tumpang

Gambar di atas adalah anak ayam yang di tumpangkan sementara di dalam inkubator kami, telur ayam telah di eram secara semula jadi kemudiaannya di pindahkan ke inkubator kami. Telur ayam tersebut menetas tidak sampai sehari di letakkan dalam inkubator kami. Bagi kami ini menunjukkan suhu inkubator kami adalah sesuai untuk penetasan telur ayam.

Telur Rosak Lagi

Gambar di atas adalah telur yang baki 2 biji masih lagi belum menetas. Kami menjangkakan telur yang baki 2 biji tidak rosak. Namun sayangnya telur tersebut juga rosak. Tetapi keadaan telur agak aneh.


Gambar di atas menunjukkan telur yang telah di pecahkan. Kelihatan telur bertukar menjadi agak kehitam-hitaman dan agak berbau busuk.






Tuesday, March 9, 2010

Telur Rosak (Gagal)






Gambar-gambar di atas di ambil setelah 21 hari berlalu. Mengikut tunjuk ajar yang di berikan oleh rakan-rakan dalam blog-blog yang mengusahakan projek inkubator ini telur ayam mengambil masa selama 21 hari untuk menetas, namun agak mengecewakan kerana dalam 20 biji 17 biji telur di dadapati tidak berlaku persenyawaan 1 biji telur mempunyai anak ayam di dalam namun telur tersebut di pecahkan kerana disangkakan tidak menjadi juga.Gambar telur tersebut tidak dapat di paparkan disini kerana masih tidak mempunyai kamera sewaktu itu. Harapan kami hanya tinggal lagi 2 biji telur yang kelihatan ada anak ayam di dalamnya namun masih lagi tidak menetas sehinggakan sekarang. Kami tidak dapat pastikan kenapa telur tersebut masih lagi tidak menetas walaupun sudah melebihi waktu yang di tetapkan.

Perkembangan R&D Inkubator Penetasan Telur

Ini adalah gambar telur di dalam inkubator yang sedang dalam proses R&D. Sewaktu gambar ini di ambil usia telur ini di eram mengjangkaui 21 hari.

Inkubator Penetas Telur Ayam

Ini merupakan projek pertama yang kami jalankan iaitu Inkubator untuk menetaskan telur ayam. Kami mengambil inspirasi dan idea daripada blog-blog yang mencipta alat inkubator ini dari luar negara dan malaysia.Tujuan kami adalah untuk mencipta sendiri alat untuk menetaskan telur dan menghasilkan lebih banyak alat ini untuk projek kami seterusnya.

Pada waktu sekarang ni Inkubator kami masih lagi dalam proses R&D yang mana masih banyak lagi perlu kami tambah baik untuk menghasilkan sebuah inkubator yang boleh berfungsi 100%.

Selamat Datang Ke AZH & S Agro Farm

Kami di dsini mengalukan kehadiran anda melawat Blog kami ini. Di harapkan kami disini sedikit sebanyak dapat membantu anda.