Thursday, November 25, 2010
Projek Penetasan Telur Itik
Setelah sekian lama kami memberhentikan projek penetasan telur kini kami memulakan semula kerana itik-itik yang kami tetaskan dengan menggunakan inkubator ini pada bulan april lepas telahpun bertelur.Pada mulanya kami agak kecewa kerana daripada 8 ekor anak itik yang menetas hanya tinggal dua ekor sahaja yang tinggal.Namun kesabaran kami terbalas juga apabila dua ekor itik yang tinggal rupanya adalah jantan dan betina, dan menghasilkan telur sebanyak 2 biji sehari. Kini kami mengeramkan dengan menggunakan inkubator sebanyak 16 biji. Di harapkan percubaan kami kali ini berhasil dan kami akan cuba mencipta inkubator baru seperti yang terjual di pasaran sekarang.Dengan pengetahuan yang kami ada sekarang kami rasakan kami dapat membina sama seperti mereka buatkan(mesin inkubator).
Subscribe to:
Posts (Atom)