Sunday, March 4, 2012

Projek Perternakan Talapia Merah

Pada asalnya kolam simen di bina dengan ukuran 20x 10 / 2 telah dibina untuk membela ikan keli, namun setelah memikirkan berbagai faktor projek ternakan ikan keli terpaksa ditangguhkan dahulu untuk memberi ruang projek perternakan ikan talapia merah. Setelah membuat kajian di laman web blog kebanyakan penternak ikan talapia merah membela ikan talapia merah didalam sangkar ataupun didalam kolam tanah. Oleh kerana keadaan tanah dirumah saya yang agak terhad untuk mengorek tanah membuat kolam bagi projek ternakan talapia merah ini jadi saya telah menggunakan kolam simen yang asalnya dibina untuk menternak ikan keli. Untuk percubaan saya telah meletakkan dua ribu ekor anak ikan yang bersaiz 2-21/2 inci di kolam tersebut.

Buat percubaan yang pertama ini saya telah meletakkan 2 ribu anak ikan. Anak ikan tersebut telah dilepaskan kedalam kolam pada hari yang sama saya membeli anak ikan tersebut, iaitu hari jumaat. Pada hari berikutnya sabtu didapati 5 ikor anak ikan telah terdampar mati. Pada hari berikutnya ahad 2 ekor anak ikan mati. Diharapkan lepas ni tiada lagi anak ikan yang mati. Gambar saya akan kemaskini kemudian.